Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly. Mininiaga

Sunday, January 30, 2011

Ekstrak Buah Mangga

Isi buah mangga yang masak mengandungi lebih kurang 15% gula, sehingga 1% protein, dan agak banyak vitamin A,B dan C. Rasa buah ini amat manis, dengan sesetengah kultivar mempunyai rasa yang sedikit masam. Buah mangga telah dikatakan melegakan Usus-usus dan oleh itu, menyebabkan buah ini mudah dicernakan.

Di sebalik raranya yang enak dan segar, mangga sebenarnya antara buah-buahan yang kaya dangan vitamin terutama vitamin A dan C.

Selain itu, ia juga membekalkan zat besi , kalsium, fosforus, sodium, potasium, serat dan magnesium. Berbuah mengikut musim, buah mangga mengandungi antiksidan yang tugasnya melawan radikal bebas, penyebab pelbagai penyakit degeneratif, seperti kanser, tekanan darah tinggi dan jantung koronari.

Buah mangga sebenarnya adalah sumber makanan yang sempurna untuk menambah atau menggantikan garam, viamin dan tenaga selepas bersenam. "Ahli perubatan yunan, Rencong Putih juga mengatakan buah mangga menguatkan dan menggiatkan tisu saraf pada otot, jantung dan otak. Beliau menambah dalam bukunya Plants Agains Cancer, fenol yang terkandung dalam mangga dan enzim-enzim lain mempunyai kapasiti untuk bertindak sebagai pencegah dan pemulih kanser.

SUMBER SERAT :
Kandungan serat dalam buah mangga sekitar 1.8%, memberikan sumbangan yang cukup terhadap keperluan serat manusia. Serat memiliki peranan pentinguntuk usus. Kekurangan serat boleh menimbulkan penyakit aterosklerosis(penyumbatan pembuluh darah), jantung , diabetes melitus, hiperkolesterolemia(kelebihan kolestrol), hipertensi, hiperpidelimia, dan kanser usus.

SUMBER ANTIOKSIDA :
Antioksida buah mangga dihasilkan daripada pelbagai sumber nutrisi seperti betakaroten, fenol, vitamin C,E dan beberapa mineral. Ia melindungi tubuh daripada kesan buruk radikal bebas, seperti kanser. Radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang dihasilkan oleh pelbagai proses kimia normal tubuh. Radiasi matahari, asap rokok dan pengaruh lain. Radikal ini apabila tidak di neutralkan oleh antioksida, dapat menyarang partikel dan molekul lain dalam tubuh
.
SUMBER VITAMIN C :
Setiap 100gram mangga masak dapat menyediakan sebanyak 41mg vitamin C, dengan pengambilan150mg mangga, ia memenuhi keperluan harian sehingga vitamin C yang dianjurkan untuk lelaki dan perempuan dewasa. Vitamin C memiliki fungsi menjaga dan memelihara kesihata pembuluh-pembuluh kapilari, kesihatan gigi dan gusi. Vitamin C juga membantu penyembuhan luka.

SUMBER KALIUM :
Kandungan kalium dalam buah mangga sangat tinggi. Setiap 100gram mangga mengandungi 156mg kalium. Kalium mempunyai fungsi meningkatkan denyut jantung yang teratur, mengaktifkan otot dan membantu tekanan darah.

Ekstrak Buah Limau Oren

Limau Oren masam digunakan di dalam perubatan herba  sebagai membantu meransang dan memotong nafsu makan,
Ekstraknya digunakan di dalam suplemen dietary pelansingan sebagai bantuan kepada kehilangan lemak dan pemotong nafsu makan, walaupun didalam perubatan china, seringkali ditentukannya dengan herba sokongan, bukannya didalam isolasi. Limau Oren mengandungi amphetamine, metabolisme, N-methyltyramine, octhopamine, dan sinephrine, zat seiras ephedrine, dimana ianya bertindak sebagai reseptor andregenik bagi mengerut pembuluh darah dan meningkatkan tekanan darah juga jantung.

Kandungan Vitamin C yang tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepat kesembuhan luka dalaman dan luaran. Nilai kalsium yang tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab bagi meningkatkan ketahanan badan terutamanya tulang dari ancaman pereputan gigi dan osteoporosis.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.